Novel karya SITI ROSMIZAH
Khamis, 14 Mac 2013|| 2 KOMEN.Tekan sini untk komen
Actually ,, Nana nak kongsi satu cerita ni ,, bila Nana dengar je tajuk cerita ni nak ditayang kat tv1 ,, Nana sangat gembira hingga terasa hinggaa terbang-terbang ke angkasa biru .. haha HIPERBOLA sungguh ayat itu..
Tahun Lepas Nana baca novel tu .. Akk bagi pinjam .. Tajuk dia CINTA KAU DAN AKU .. Penulis dia SITI ROSMIZAH . Masa pertengahan baca novel tu memang dah mula rasa seronok .. Cerita dia lain dari lain .. tebal lah jugak,,ehh tak takk ,,alaa biasa-biasa je kott macam novel lain ..
Baca hingga nak nagis2 tp Nana cover je nangis ,, hehe nangis dalam hati je ..
And Then dalam masa yang sama ,, Kawan Nana (AYU) baca novel Andai itu takdirnya ,, tengok-tengok , penulis dia yang sama . Nana baca jugak ,, Novel tu pun best .. Senang cerita semua novel dia best ..
Seseiapa yang minat baca novel untuk mengisi masa lapang ,, saya syorkan baca lah novel2 ni :)
1) CINTA KAU DAN AKU
Mengisahkan seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.
Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.
Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi(majikan) jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.
Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.
Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.
Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu?
2) ANDAI ITU TAKDIRNYA
Ketabahan Aleya yang inginkan anak-anak dia membesar dalam keadaan yang sempurna tatkala doktor memberitahu dia mempunyai ketumbuhan di kepala membuatkan dia kembali kepada Syed Aizril yang kononnya sudah berubah walaupun ditentang oleh sahabat baiknya, Umi... Umi tahu yang Syed Aizril tak akan berubah!
Disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan ditengahari... Kebahagiaan yang dikecapi Aleya hanya sementara angkara sifat cemburu buta Syed Aizril kepada isterinya.. Keegoan Syed Aizril makin memuncak! Walaupun rasa cinta dia hanya pada Aleya tapi ego mengatasi semuanya... Aleya akur dengan kehendak suaminya yang akan bernikah dengan Lin.. Tatkala penyakit dia hampir membawa maut, dia keluar rumah besar itu dengan harapan yang musnah! Mana pergi janji-janji manis Syed Aizril yang akan menjaga dia hingga ke akhir hayat?? Tapi penghinaan yang dia dapat. Dia juga berjanji tidak akan menjejakkan kaki lagi di rumah besar ini. Ditinggalkan si kecik Dania kerana dia tahu ajal dia sudah tiba.... Masihkah ada peluang kedua untuk Syed Aizril?? Sudah sampai ke ajal Aleya?? Lin masih mahu menagih cinta Syed Aizril...???
3)7HARI MENCINTAIKU
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!” Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan. “Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….” Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita? Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini.
4) LAFAZKAN KHALIMAH CINTAMU
Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus.Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada dirinya?
* DAH baca tak sinopsis nya? SR PUBLITION ada 5 buah buku .. yg paling baru mungkin bulan 4 atau 5 baru dikeluarkan .. huhu Nana baru tengok 4 buah buku. lg satu xde kawan yg beli dan xde budget nk beli hehee ..
*enjoy!! :D
With love ,
Label: Novel, Novel Siti Rosmizah, share is CARING~ |
♥Mynufnang ♥ Si GaDis ♥ Say HI♥!
|