Kisah Nana dan jawapan2 berkaitan puasa
Selasa, 9 Julai 2013|| 0 KOMEN.Tekan sini untk komen
Hari Khamis punye cerita.
Nak tahu something x? just mau nak bercerita ,,
*anggap ini cerita waktu tidur ye..lepas bace terus tidur okay*
Okay perempuan biasalah nak sambut ramadhan ni mesti kene puasa ganti tahun lepas kan.. haha last minit baru ganti.. xpela kan ..
Okay waktu tu Nana puasa *kat sekolah* masa ni waktu Pendidikkan Jasmani..sebab dah pertengahan bulan so mcm tak demPJ dah khas untuk budak nk SPM ni.. so masa ni budak laki x de..dieorang dengan guru lelaki dieorang lah.. kusyuk kemas kelas punye pasal,
Excited dan kusyuk sangat kemas kelas punye pasal.. sampai terlupa Nana puasa hari ni .
Lepastu Mas pun datang bawak kek oren kot ke kek marble*tak pasti sangat rasanya sebb tak sempat telan*
Lisa dgn Atien semua datang kat Mas..
Mas : aku bawak kek,, ambil la sikit*sambil bagi sorang satu.
setibanya turn aku , dia ckp nak? aku kekok masa tu sbb ade salah paham sikit dgn dia tapi aku ambil..*bak kata pepatah yg aku selalu cakap dengan Tqa "REZEKI JANGAN TOLAK* hahahaa
Lepastu ,
Dengan alpha nye bahawa aku puasa harini,,aku pun ambil lah kek dia
Punye la sedap aku kunyah2 ..memang dgn muka tak bersalah okay ..haha ..
Takda sorang kawan aku pun ingat yang aku puasa.. dieorang semua lupa.
Rasanya Nana tak sempat telan pun,,
tetibe nana teringat yang nana puasa!!
OKAY !! NANA PUASA LAH !!!
Nana cepat2 tarik Piqa teman kan pergi tandas !!
nak kumur2!
Lepastu balik je dari kelas, okay semua ketawakan.. Malu kot.
Nana nak kongsi tentang soalan2 yang berkaitan puasa..
NIAT
S :Adakah batal puasa seseorang yang membatalkan niat berpuasa ketika waktu siang Ramadhan?
J ;Menurut mazhab Shafei tidak batal puasa orang yang membatalkan niat berpuasa selama mana ia tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
FIDYAH UNTUK SI MATI
S Orang yang meninggalkan puasa wajib pada bulan Ramadhan kemudian mati pada 2 Syawal pada tahun yang sama, adakah wajib dikeluarkan fidyah untuknya?
J :Tidak wajib dikeluarkan fidyah untuknya kerana ia meninggal dunia dalam tempoh yang tidak membolehkan ia qhada puasa yang ditinggalkan.
TANGGUH QADHA PUASA
S : Apakah hokum seseorang yang tidak mengqadha puasa yang ia tinggalkan sehingga berlalu tiga kali Ramadhan ?
J :Ia wajib mengqadha bilangan hari yang ia tinggalkan dan wajib ia mengeluarkan fidyah secupak untuk satu hari bagi satu tahun yang ia tinggalkan. Dalam kes di atas ia wajib mengeluarkan tiga cupak bagi setiap hari kerana telah berlalu tiga kali Ramadhan.
MEMBERI FIDYAH DENGAN MAKANAN YANG DIMASAK
S :Adakah sah dikeluarkan fidyah dengan makanan itu dimasak terlebih dahulu?
J :Tidak sah.
TIDAK HARUS SATU FIDYAH DIBAHAGI DUA ATAU LEBIH
S :Adakah sah seseorang memberi satu cupak setengah sebagai fidyah kepada setiap seorang miskin?
J : Tidak sah dibahagi satu fidyah menjadi dua atau lebih. Oleh itu pemberian secupak setengah kepada setiap orang miskin adalah tidak sah. Namun begitu perlu diingat bahawa fidyah yang tidak sah itu ialah yang setengah cupak itu sahaja. Adapun yang secukap genap itu sah hukumnya.
MANDI JUNUB SELEPAS SUBUH
S : Apakah hukum orang yang mandi junub selepas subuh pada bulan Ramadhan?
J ;Hukumnya makruh .
TERLUPA NIAT
S :Adakah boleh seseorang yang terlupa niat pada malam hari, makan pada siang Ramadhan?
J : Orang yang terlupa niat atau sengaja membatalkan puasa haram ke atasnya melakukan apa-apa yang diharamkan ke atas orang berpuasa wajib. Maka wajib ia menahan dirinya dari makan dan minum sekalipun ia tidak berpuasa.
YANG BERHAK MENERIMA FIDYAH
S : Siapakah yang berhak menerima fidyah?
J :Yang berhak menerima fidyah ialah dua golongan sahaja iaitu orang yang miskin dan fakir sahaja.
SEGERA QADHA
S :Adakah wajib orang yang uzur segera mengqadha puasa ?
J :Sunat segera mengqadha puasa bagi mereka yang uzur. Manakala orang yang sengaja meninggalkan puasa wajib ke atasnya segera mengqadha puasa.
BERSAHUR KETIKA AZAN BERKUMANDANG
S :Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur,adakah sah puasanya?
J :Sah puasanya dan hendaklah ia berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam mulutnya.
MENELAN AIR LIUR
S :Seseorang yang menelan air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
J :Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut . Tetapi perbuatan tersebut adalah makruh.
MAKAN DALAM KEADAAN TERLUPA
S :Apakah hukum orang berpuasa makan dengan terlupa pada siang hari kemudian teringat kembali yang dia berpuasa?
J :Sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud “Sesiapa yang makan atau minum dalam keadaan terlupa maka jangan ia berbuka puasa kerana sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t. kepadanya”.
NIAT PUASA RAMADHAN PADA 30 RAMADHAN
S :Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban sedangkan hati seseorang tidak berat sangka bahawa esoknya bulan Ramadhan?
J :Tidak sah niat tersebut. Ini kerana di antara syarat niat ialah tidak teragak-agak atau jazam.
HUKUM PEREMPUAN MENGANDUNG BERBUKA PUASA
S :Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau
menyusukan anak membatalkan puasanya?
J :Harus ia membatalkan puasa tersebut dengan salah satu dari dua sebab berikut:
a. Kerana keuzuran dirinya sendiri
b. Kerana menjaga kesihatan anak
Keterangan:
a. Kalau si ibu itu berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya sahaja ,maka wajib qada’ sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak sahaja bukan dirinya, wajib qada’ dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga dirinya sahaja atau dirinya dan anak wajib qadha’ .
Akan tetapi jika puasa itu tidak memberi apa-apa kemudaratan kepadanya, maka haram ke atasnya berbuka puasa. Perempuan yang mengandung di nasihatkan merujuk kepada ahli perubatan islam yang adil untuk mengetahui kedudukan sebenarnya berkenaan kesan puasa ke atas kandungannya itu.
QADHA PUASA UNTUK ORANG YANG MASIH HIDUP
S :Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqadha puasa untuknya?
J :Tidak boleh diqadha puasa kepada orang yang masih hidup.
QADHA PUASA UNTUK SI MATI
S :Adakah boleh diqhada puasa yang ditinggalkan oleh si mati?
J :Menurut mazhab Shafei yang baru ( mazhab jaded ), tidak boleh mengqhada puasa yang ditinggalkan oleh si mati. Bahkan wajib dikeluarkan satu cupak makanan asasi bagi setiap hari yang ia tinggalkan.
S :Bagaimana pula dengan mazhab lama ( mazhab qadim )?
J :Menurut mazhab lama imam Shafei, harus wali mengqhada puasa yang ditinggalkan oleh si mati. Menurut Imam Nawawi pendapat ini adalah pendapat yang kuat.
HUKUM BERSAHUR
S :Apakah hukum bersahur?
J :Hukumnya sunat.
HUKUM TIDAK BERBUKA PUASA
S :Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka bila tiba waktunya?
J :Sah puasa tetapi makruh.
WAKTU SAHUR
S :Bilakah bermulanya waktu sahur? Bila pula waktu berakhir dan waktu afdhal?
J :Waktu permulaan sahur ialah selepas separuh malam, manakala tamatnya waktu sahur ialah dengan masuknya waktu subuh. Adapun waktu afdhal pula ialah ketika hamper waktu subuh.
KELEBIHAN BERAMAL DI BULAN RAMADHAN
S :Adakah pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain?
J :pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan adalah berganda. Hadis yang diriwayatkan olej Al Bazzar menyatakan bahawa amalan sunat pada bulan Ramadhan adalah menyamai amalan fardu yang dilakukan pada bulan-bulan yang lain.
KENTUT DALAM AIR
S :Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?
J :puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.
TIDAK BERPUASA KERANA BERSALIN
S :Apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin?
J :Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin itu ada darah nifas dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain. Sekiranya perempuan yang bersalin itu tiada darah nifas maka harus dia meninggalkan puasa kerana menjaga kesihatannya dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain.
BERLAFAZ DENGAN NIAT PUASA
S: Adakah niat untuk berpuasa itu perlu dilafazkan atau tidak. Adakah sahur itu niat puasa?
J :Yang disyaratkan adalah niat. Adapun berlafaz , maka tidak disyaratkan. Jika seseorang itu bangun makan sahur dengan menyedari bahawa ia bangun makan sahur itu bertujuan untuk berpuasa pada besok hari , maka ini dikatakan niat.
BERPUASA TAPI MELIHAT AURAT WANITA
S :Saya berpuasa tetapi tidak terlepas daripada melihat aurat wanita kerana setiap hari di persekitaran pejabat saya para wanitanya selalu berpakaian singkat dan mendedah aurat. Disebabkan saya berada di persekitaran sedemikian itu secara langsung atau tidak langsung saya hampir setiap saat melihatnya, saya berusaha untuk menghindari tapi sukar kerana ia bersangkutan dengan pekerjaan saya yang selalu berhubungan dengan pelanggan yang pelbagai kerenah pakaiannya.
J :Kalau dalam diri kita sudah ada keimanan dan ketaqwaan, maka diri kita tidak akan terpengaruh dengan hal-hal yang demikian, kerana yang demikian itu bagi orang-orang yang beriman merupakan ujian.
Sekian, XOXO ,
Label: Cerita saya =), kongsi hari selasa., RAMADHAN, share is CARING~, Tentang Agama |
♥Mynufnang ♥ Si GaDis ♥ Say HI♥!
|