//ILOVEU\\
Hari Raya 2014

Sabtu, 16 Ogos 2014|| 0 KOMEN.Tekan sini untk komen

Assalamualaikum
haiii everiiibadiii.. hahaa
setelah berkurunnya tak menaip dekat blog usang ni , so nak la jugak berkongsi pape cerita .
okay ? :P
so , macam mana raya tahun ni? best?
kongsikan lah cerita hari raya awak. Tinggal lah link di ruang komen , saya boleh baca .
Mesti sesetengah sibuk dah share cerita mereka masa minggu pertama raya kan . hahaha
sekarang baru terhegeh-hegeh Nana nak kongsikan cerita nana .

Bukan cerita sangat la. Just gambar je .. hehe,

Okay first , semua telah siap lawa2, akhir sekali nak siapkan budak kuat mengamuk ni hah . hahah
Pagi tu dia moody sikit sebab dia selesema rasanya



after tu , nak ambil gambar satu family laa, tapi haha banyak gegar Iman lari2 so inilah yg okay
*semua gelakkan budak ni

*masa nak angkat gambar ayah dan mak je , die excited nampak camera so dia duduk depan-depan tu hah
haiihhh iman iman XD

*Papa iman , Iman dan mak Iman 

*nenek Iman , Datuk Iman dan Iman Bam Bam

*nenek iman , Iman dan Maksu(me!!)
#okay. -_- masa ni Iman tengah jerit sekuat hati mintak turun kan dia.
hahahahaha memang kuat sangat okay , tapi telinga ni tahan je ahaa

*nenek iman , Iman and mak Ngah Iman
hahahaa ini pun sama hah !
_______________________________________________________________
hahaaa . Raya ni meriah sebab . sebab iman ada . dia lah yg meriahkan
suasana . kalau tak KRIK KRIK KRIk je .hahaa ..

sebelum terlambat , Saya NANA AMEER menyusun 10 jari memohon maaf andai selama sy berblogger ni, terguna bahasa kasar ke atau jika saya ada buat silap kat awak semua, maafkan saya ye, tegurlah saya okayyy ! :)

hehee . okayy babai ! 
Selamat makan makannnn :P


XOXO ,



Label: , , ,


Twelve Cupcakes- handmade with LOVE

Rabu, 29 Januari 2014|| 0 KOMEN.Tekan sini untk komen

Helllooo !! Assalamualaikum!! :D
korang tengah buat apa tu?
Actually harinie  Nana nak share something !! 
nyum nyumyyy!!
TWELVE CUPCAKES !
penah dengar tak? andd pernah rasa takk?

Rasa dia boleh tahan ! sedap uollss . bila makan satu ,, hmmmm rasa nak lagi..
betullah , tak tipu tau .
Nana beli kat One Utama .. 
Harga berpatutan la jugak . RM6 untuk satu cupcakes, tp ada la pakej2 kalau nak lagi murah..
AND! masa nana beli tu , DAPAT PERCUMA 2 kalau beli 4!! aumm.nyumm2
*ini semua perisa yang ada
*kotak dia memang cantik ! ke sebab Nana suka warna pink? haha tralalaa~~

*ini yang nana and my sis pilih . sedapp ouhh 
kiteorang beli red velvet , cookies and cream , PB chocolate *peanut* , and chocolate chocolate ..
aigooooooo,,nyummy!!
Pelbagai perisa ada tau , cuba lah kalau korang TERjumpa~~ heeee

kenapa lah takde kat Melaka ehh,kalau tak boleh beli selalu :/ 


XOXO ,



Label: , , ,


Happy Birthday to MY SIS :)

Khamis, 16 Januari 2014|| 1 KOMEN.Tekan sini untk komen

Happy birthday to you ,
Happy Birthday to you,
happy birthday to kak Vee,
Happy birthday to you!

hee birthday dia bukan harinie , bukan semalam jugak . Esok? ehh bukan . haha 11 Januari hariitu bersamaan hari Sabtu.. baru ada mood sikit nak update blog.
Hari Sabtu haritu , I , kakak I , Iman dan abg ipar I makan-ii dekat T.G.I FRIDAYS..
Hehe , kakak I cakap mcm celebrates untuk I jugak lah sebab BIRTHDAY I BULAN FEBRUARI NANTI!! 1 FEBRUARI !! opss tercaps lock pulak haha.. meh hayati gambar2 .. xD

ini , saya yang punya!! AYAM BBQ..  Nyummyyyyy!!~~

besar kan??! ini abg ipar yang punya..

Ini birthday girl punya , haha kakak I punya .

dan ini , UNTUK SEMUA (:

jangan tanya apa nama makanan ni , haha . dah lupa la.. 
Tapi sedap.. dan!!
seriusly , ini yang paling mengeliurkan !
tradadaaaa~


yang ada lilin ni free , minta dekat org tu untuk birthday mama girl..hihi
bende ni paling terliur!! sedap gile,uollsss!! tak tipu. dia punya coklat , dia punya ice cream atas tu , dia punya rasa caramel, PEHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!~~~~~~
sangat menyelerakan !!
sampai sekarang terasa-rasa lagi ..

Dan ini kami ..tralala
abang ipar, kakak I and iman ! haha iman tu , tu kat bwah tu tepi papa dia.. nampak tak kepala?
-_-" dia nak turun, beria ia nak turun tau..
ini budak bam bam tu , dah besar dah dia . 1tahun8bulan kot kalau tak silap I..

dan atas ni birthday girl yg ke2!! haha it's me!!!
Nampak tak kertas putih tu , pelayan tu bg budak2 kecik , tp Iman xnk buat , maksu dia yang cari2 perkataan kat situ..hehe .. wakil Iman !!

lepas makan tu , pergi tengok PELANCARAN KERETA ALZA YANG BARU!! ada HUJAN, FAIZAL ISMAIL , FAIZAL TAHIR , AMY SEARCH , NAJWA LATIFF !!
huwarghhhhhhh mengila I tau .. hehe .. seronokkkk sangat!!

LASTLY ,,
Thanks akak and abg ipar sebab bwk Nana kat tempat seronok2 ni sepanjang Nana kat KL .. best sangat >.<" nanti bawak jalan2 lagi tau !! hehe .
and to
kakak vee, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sepanjag tahun ni dan sampai bila2 pun (:

OKAY AWAK , ITU SAJA .. yang penting , saya  SERONOK!!



XOXO ,




Label: , ,


TRIAL SPM!

Khamis, 29 Ogos 2013|| 0 KOMEN.Tekan sini untk komen


Sorry tak update.
hah kepala runsing memikirkan masalah tu tu ehhh dan itu. 
Kalau masalah tu lari-lari pergi tak pe ,ni bergolek-golek cari aku,..
Emm .. 
dah tu , Trial SPM pulak.. sorry ye yg follow sy,, saya dah dah lama tak update
*haha bajet mcm ramai baca xD
Haha .. pekse BM,BI,AGAMA,SEJ dah selesai
huhu on the way --> MATH , ADDMATH, EKONOMI ASAS,AKAUN, SAINS

XOXO ,




Label:


semak PLKN - oh my ......

Sabtu, 27 Julai 2013|| 2 KOMEN.Tekan sini untk komen

Siapa yang budak lahir tahun 1996 pasti heboh kan dengan PLKN?
hushh hushh hushh ..

*tak payah minta maaf , sesungguhnya aku yang patut berterima kasih..hehe



Niat di jiwa raga, hati semua lah memang xnak masuk.. TAK NAK okay,taknak..
*harap jangan la kakitangan PLKN yang masuk kan pelajar , lepas baca blog ni terus masukkn nama aku* hahaa mati aku

Yang lahir 1996 tu dah boleh check .. tetapi keputusan muktamad pada 1 Ogos nanti.. ini bermaksud yang dah check sebelum 8 ogos tu , kalau dapat mknenya dapat la.. yang tak dapat tu tak tahu lagi, keputusan muktamad akan diberitahu 1 Ogos nanti.. 

boleh cek kat sini : http://www.khidmatnegara.gov.my/


XOXO ,



Label: , ,


Kisah Nana dan jawapan2 berkaitan puasa

Selasa, 9 Julai 2013|| 0 KOMEN.Tekan sini untk komen

Hari Khamis punye cerita.
Nak tahu something x? just mau nak bercerita ,,
*anggap ini cerita waktu tidur ye..lepas bace terus tidur okay*

Okay perempuan biasalah nak sambut ramadhan ni mesti kene puasa ganti tahun lepas kan.. haha last minit baru ganti.. xpela kan ..

Okay waktu tu Nana puasa *kat sekolah*
masa ni waktu Pendidikkan Jasmani..sebab dah pertengahan bulan so mcm tak demPJ dah khas untuk budak nk SPM ni.. so masa ni budak laki x de..dieorang dengan guru lelaki dieorang lah..
kusyuk kemas kelas punye pasal,
*tolong Tqa pasang renda-renda kat papan kenyataan*

Excited dan kusyuk sangat kemas kelas punye pasal.. sampai terlupa Nana puasa hari ni .
Lepastu Mas pun datang bawak kek oren kot ke kek marble*tak pasti sangat rasanya sebb tak sempat telan*
Lisa dgn Atien semua datang kat Mas.. 
Mas : aku bawak kek,, ambil la sikit*sambil bagi sorang satu.
setibanya turn aku , dia ckp nak? aku kekok masa tu sbb ade salah paham sikit dgn dia tapi aku ambil..*bak kata pepatah yg aku selalu cakap dengan Tqa "REZEKI JANGAN TOLAK* hahahaa
Lepastu ,
Dengan alpha nye bahawa aku puasa harini,,aku pun ambil lah kek dia 

*ngap ngap ngap*
Punye la sedap aku kunyah2 ..memang dgn muka tak bersalah okay ..haha .. 
Takda sorang kawan aku pun ingat yang aku puasa.. dieorang semua lupa.
Rasanya Nana tak sempat telan pun,, 
tetibe nana teringat yang nana puasa!!
OKAY !! NANA PUASA LAH !!!
Nana cepat2 tarik Piqa teman kan pergi tandas !! 
nak kumur2!
Lepastu balik je dari kelas, okay semua ketawakan.. Malu kot.

Nana nak kongsi tentang soalan2 yang berkaitan puasa..

NIAT
S :Adakah batal puasa seseorang yang membatalkan niat berpuasa ketika waktu siang Ramadhan?
J ;Menurut mazhab Shafei tidak batal puasa orang yang membatalkan niat berpuasa selama mana ia tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.

FIDYAH UNTUK SI MATI
Orang yang meninggalkan puasa wajib pada bulan Ramadhan kemudian mati pada 2 Syawal pada tahun yang sama, adakah wajib dikeluarkan fidyah untuknya?
:Tidak wajib dikeluarkan fidyah untuknya kerana ia meninggal dunia dalam tempoh yang tidak membolehkan ia qhada puasa yang ditinggalkan.

TANGGUH QADHA PUASA
S : Apakah hokum seseorang yang tidak mengqadha puasa yang  ia tinggalkan sehingga berlalu tiga kali Ramadhan ?
:Ia wajib mengqadha bilangan hari yang ia tinggalkan dan wajib ia mengeluarkan fidyah secupak untuk satu hari bagi satu tahun yang ia tinggalkan. Dalam kes di atas ia wajib mengeluarkan tiga cupak bagi setiap hari kerana telah berlalu tiga kali Ramadhan.

MEMBERI FIDYAH DENGAN MAKANAN YANG DIMASAK
S :Adakah sah dikeluarkan fidyah dengan makanan itu dimasak terlebih dahulu?
J :Tidak sah.
TIDAK HARUS SATU FIDYAH DIBAHAGI DUA ATAU LEBIH
S :Adakah sah seseorang memberi satu cupak setengah sebagai fidyah kepada setiap seorang miskin?
: Tidak sah dibahagi satu fidyah menjadi dua atau lebih. Oleh itu pemberian secupak setengah kepada setiap orang miskin adalah tidak sah. Namun begitu perlu diingat bahawa fidyah yang tidak sah itu ialah yang setengah cupak itu sahaja. Adapun yang secukap genap itu sah hukumnya.

MANDI JUNUB SELEPAS  SUBUH
S : Apakah hukum orang yang mandi junub selepas subuh pada bulan Ramadhan?
J ;Hukumnya makruh .

TERLUPA NIAT
:Adakah boleh seseorang yang  terlupa niat pada malam hari, makan pada siang Ramadhan?
J : Orang yang terlupa niat atau sengaja membatalkan puasa  haram ke atasnya melakukan apa-apa yang diharamkan ke atas orang berpuasa wajib. Maka wajib ia menahan dirinya dari makan dan minum sekalipun ia tidak berpuasa.

YANG BERHAK MENERIMA FIDYAH
S  : Siapakah yang berhak menerima fidyah?
 :Yang berhak menerima fidyah ialah dua golongan sahaja iaitu orang yang miskin dan fakir sahaja.

SEGERA QADHA
:Adakah wajib orang yang uzur segera mengqadha puasa ?
:Sunat segera mengqadha puasa bagi mereka yang uzur. Manakala orang yang sengaja meninggalkan puasa wajib ke atasnya segera mengqadha puasa.


BERSAHUR KETIKA AZAN BERKUMANDANG
S :Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur,adakah sah puasanya?
:Sah puasanya dan hendaklah ia berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam mulutnya.

MENELAN AIR LIUR
:Seseorang yang menelan air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
:Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut . Tetapi perbuatan tersebut adalah makruh.

MAKAN DALAM KEADAAN TERLUPA
S :Apakah hukum orang  berpuasa  makan dengan terlupa pada siang hari kemudian teringat kembali yang dia berpuasa?

:Sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud “Sesiapa yang makan atau minum dalam keadaan terlupa maka jangan ia berbuka puasa kerana sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t. kepadanya”.

NIAT PUASA RAMADHAN PADA 30 RAMADHAN
:Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban sedangkan hati seseorang tidak berat sangka bahawa esoknya bulan Ramadhan?
:Tidak sah niat tersebut. Ini kerana di antara syarat niat ialah tidak teragak-agak atau jazam.

HUKUM PEREMPUAN MENGANDUNG BERBUKA PUASA
:Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau
menyusukan anak membatalkan puasanya?
:Harus ia membatalkan puasa tersebut dengan salah satu dari dua sebab berikut:
a. Kerana keuzuran dirinya sendiri
b. Kerana menjaga kesihatan anak
Keterangan:
a. Kalau si ibu itu berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya sahaja ,maka wajib qada’ sahaja.

b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak sahaja bukan dirinya, wajib qada’ dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.

c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga dirinya sahaja atau dirinya  dan anak wajib qadha’ .

Akan tetapi jika puasa itu tidak memberi apa-apa kemudaratan kepadanya, maka haram ke atasnya berbuka puasa. Perempuan yang mengandung di nasihatkan merujuk kepada ahli perubatan islam yang adil untuk mengetahui kedudukan sebenarnya berkenaan kesan puasa ke atas kandungannya itu.

QADHA PUASA UNTUK ORANG YANG MASIH HIDUP
:Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqadha puasa untuknya?
:Tidak boleh diqadha puasa kepada orang yang masih hidup.

QADHA PUASA UNTUK SI MATI
:Adakah boleh diqhada puasa yang ditinggalkan oleh si mati?
:Menurut mazhab Shafei yang baru ( mazhab jaded ), tidak boleh mengqhada puasa yang ditinggalkan oleh si mati. Bahkan wajib dikeluarkan satu cupak makanan asasi bagi setiap hari yang ia tinggalkan.

:Bagaimana pula dengan mazhab lama ( mazhab qadim )?
:Menurut mazhab lama imam Shafei, harus wali mengqhada puasa yang ditinggalkan oleh si mati. Menurut Imam Nawawi pendapat ini adalah pendapat yang kuat.

HUKUM BERSAHUR
:Apakah hukum bersahur?
:Hukumnya sunat.

HUKUM TIDAK BERBUKA PUASA
:Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka bila tiba waktunya?
:Sah puasa tetapi makruh. 

WAKTU SAHUR
S :Bilakah bermulanya waktu sahur? Bila pula waktu berakhir dan waktu afdhal?
J :Waktu permulaan sahur ialah selepas separuh malam, manakala tamatnya waktu sahur ialah dengan masuknya waktu subuh. Adapun waktu afdhal pula ialah ketika hamper waktu subuh.

KELEBIHAN BERAMAL DI BULAN RAMADHAN
:Adakah pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain?
J :pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan adalah berganda. Hadis yang diriwayatkan olej Al Bazzar menyatakan bahawa amalan sunat pada bulan Ramadhan adalah menyamai amalan fardu yang dilakukan pada bulan-bulan yang lain.

KENTUT DALAM AIR
:Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?
J :puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.

TIDAK BERPUASA KERANA BERSALIN
:Apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin?
:Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin itu ada darah nifas dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain. Sekiranya perempuan yang bersalin itu tiada darah nifas maka harus dia meninggalkan puasa kerana menjaga kesihatannya dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain.

BERLAFAZ DENGAN NIAT PUASA
S: Adakah niat untuk berpuasa itu perlu dilafazkan atau tidak. Adakah sahur itu niat puasa?
:Yang disyaratkan adalah niat. Adapun berlafaz , maka tidak disyaratkan. Jika seseorang itu bangun makan sahur dengan menyedari bahawa ia bangun makan sahur itu bertujuan untuk berpuasa pada besok hari , maka ini dikatakan niat.

BERPUASA TAPI MELIHAT AURAT WANITA
S :Saya berpuasa tetapi tidak terlepas daripada melihat aurat wanita kerana setiap hari di persekitaran pejabat saya para wanitanya selalu berpakaian singkat dan mendedah aurat. Disebabkan saya berada di persekitaran sedemikian itu secara langsung atau tidak langsung saya hampir setiap saat melihatnya, saya berusaha untuk menghindari tapi sukar kerana ia bersangkutan dengan pekerjaan saya yang selalu berhubungan dengan pelanggan yang pelbagai kerenah pakaiannya.
J :Kalau dalam diri kita sudah ada keimanan dan ketaqwaan, maka diri kita tidak akan terpengaruh dengan hal-hal yang demikian, kerana yang demikian itu bagi orang-orang yang beriman merupakan ujian.

       Sekian, XOXO ,

Label: , , , ,


AlKisah tentang Petang tadi =D

Jumaat, 5 Julai 2013|| 0 KOMEN.Tekan sini untk komen

Assalamualaikum sayang.
husshhh*mengeluh* haha
baru balik dari kelas tambahan BAHASA INGGERIS ni.. haha
maklum la calon SPM ni .. Aishhhh..
tak de pape pun sebernanya, saje je nk membazir kan masa korang bace post entah pape ni..
hahaa..
cume..
tadi masa balik tengah tunggu parents Banana*bukan nama sebenar*
so aku dgn SPONGE*bukan nama sebenar juga* temankan la .. 
so sambil2 borak tu dgn excited nye aku pun cakap jum la angkat gambar.

Macam mana nak cakap ehh ,, masa ni kelakar kot. sebab aku punye excited angkat gambr . alih2 gambar aku xde!! ahhh dieog semua ketawa kan aku T.T
dieorang cakap : hahaa kau punye excited nak angkat gambr,,,,alih2 gambar kau xde.
Peh hahaa malu kot ..
bila kat screen hp aku,, gmbr tu jadi macam ni -_- -->

Bukti kukuh : 
sponge , banana dan patrick*aku* :)
See? Tak tipu kann.. hmm :/

Aihh nasib2.. hahaa .. kawan terbaik aku tau.. nama dia sponge sbb aku gelar dia spongebob.. lagi sorang,, nama dia banana ,sbb aku panggil dia pisang dan aku juga suka panggil dia tebu hehe.. nanti aku bgtahu sbb ape ! hehe memang best sangat kawan dgn dieorg :')


XOXO ,


Label: , , ,


KIL - 5 June 2013

Khamis, 6 Jun 2013|| 3 KOMEN.Tekan sini untk komen


Rabu - 5 JUNE 2013
Cerita ni nampak macam best sebab first nana tngok iklan dia,, nana tngok cerita ni best dan dia mcm lain dr lain.. 
AND lepas dah tengok tu memang puas gila lah .. memang ..memang setengah orang tak suka tngok ceria ni .. bosan katanya.. mungkin mereka tak suka cerita yang mcm ni kot .. terpulang lah pada seseorang tu .. 

Sinopsis (dari kefahaman saya lah,,org lain tak tahu pulak) ;p :

Nama hero dalam cerita ni AKIL(REDZA MAHAT) . tu la nama cerita ni KIL .. dia seorang yang pendiam . susah nak dapat kawan . seorang yang muram . dia bertekad nak bunuh diri .. macam-macam dia cuba buat untuk bunuh diri--> cube terjun bangunan , kelar tangan , letak asap dalam kereta.. tapi semua tidak biasa.. tp biasalah kalau diri sendiri yang nak bunuh diri mesti failed .

AND one day ,dia hisap rokok,,dia ternampak satu kertas tampal . "INGIN BUNUH DIRI"?? sila kol ********** .. Dia pun call syarikat yang bernama LAB tu .nama penuh tak ingat lah pulak hehee..Syarat nya ialah bila orang tu dah setuju , tak boleh cancel so dia dah pun setuju sebab dia memang dah tekad giler nak bunuh diri ..

Kil menjadi tekanandan bertekad ingin bunuh diri kerana... ... ....... (eshhh kalau cerita semua ,, nanti nngerak tngok tak syok lah pulak kan )

Heroin dalam cerita tu pulak nama dia ZARA .. Zara seorang yang periang , comel-comel gitu .. dia orang pertama yang Kil percaya dalam hidup dia tp ZARA dah buat KIL tak percaya lagi at dia.. sebab ape? heheee tah :P

#korang masa tengok cerita tu jangan cakap-cakap dgn kawan ,, nanti tak paham .. sebab cerita macam ni perlu kita fokus.. JALAN CERITA YANG MENARIK (Y) thums up !

pengarah : NIK AMIR MUSTAPHA

Pelakon : REDZA MAHAT , CRISTINA SUZANNE,HARUN SALIM BACHIK ,HASNUL RAHMAT , DIRA ABU BAKAR , ATIILIA 

OST LAGU NI / tema lagu KIL : 1)mati hidup kembali- butterfingers (seriusly lagu ni best )
2) lagu - bedroom sancrutuary 
3) rapuh -pesawat (lagu ni pun best)




cerita macam ni mengingat kan aku kepada cerita KAMI .. seriusly suka sngat cerita tu .. tak tahu nak tngok kat mana yang series pnya .. sesiapa tahu ? 


XOXO ,

Label: ,


Hellooo ,, di KEYELL!!

Sabtu, 11 Mei 2013|| 0 KOMEN.Tekan sini untk komen



Hai !!! saya kat KEYELLLLL*KL* hahaaa jyeahhhhh!!
JUMPE IMAN !! YEYEHHH !!
IMAN!!
Fuyohhh lama giler tak update hahaaa..

#Ujian pertengahan tahun lah :'( gila susah.. eshh cikgu ni..




XOXO ,

Label: ,



Older Post
♥Mynufnang

♥ Si GaDis ♥

Instagram   
NaNa Ameer
18 years old
SINGLE
email: nurjannahameer@yahoo.com
Just a simple girl . annoying .. dan teramat suka tonton cerita korea. hehee ..
saya GADIS SupERmaN !


Say HI♥!

Welcome to my
free html visitor counters
little stalkers.
. . . . . . . .
 org sedang bergolek-golek

TOLONG TINGALKAN JEJAK ANDA YG ADA BLOG SAJA bkn tinggalkan link JUALAN anda !!



My BabY bOO ♥


LovelyPearlShawl♥


INSTAGRAM : @LOVELYPEARLSHAWL (atau klick gambar untuk ke Instagram)
FACEBOOK : LOVELYPEARLSHAWL
-affordable price
-customade and readymade tudung bawal,shawl,veil


Holla :]♥ !