//ILOVEU\\
NOVEL Curi-Curi Cinta by SITI ROSMIZAH

Khamis, 24 Oktober 2013|| 0 KOMEN.Tekan sini untk komen

Nana ada memilikki first novel karya SITI ROSMIZAH ..
Nana dah baca semua novel dia kecuali satu novel tu tajuk dia ITU TAKDIR AKU! 
Kesemua novel dia mmg best.. seriusly menepati citarasa yang di cari-cari.
Nana pernah share novel-novel SITI ROSMIZAH(SR) dulu di sinikesemua sinopsis Novel Rosmizah by Nana ameer, skrang ni keluaran terbaru dia, nana nak share jugak :)

Bila tengok tajuk dia , mcm cerita zaman kanak-kanak remaja punya. dan macam was-was nak beli pun ada kan . tp Nana  beli tanpa ragu sebab penulis dia SITI ROSMIZAH. nana percaya cerita dia semua best.. Alhamdulillah nana tidak membazir , cerita dia sngat best. rasa nak ketawa , rasa nak menangis semua ada. Dulu kedaibuku Popular ada jual , tetapi rasanya skrg dah kurang . Dekat MPH ada dijual.

Cerita CURI-CURI CINTA ini mengisahkan sorang wanita yang cantik dan miskin tp berlagak sebagai orang kaya . dalam cerita ni , mula2 rasa geram kat perempuan ni pun ada , kat heropun ada .. tp last2 dia, endding dia mmg puas hati sngat . cerita yang sangat best, dan tidak rugi jika anda baca setebal2 tu. ni Nana sertakan sedikit cebisan novel tu ye :) 
ENJOY :)

Intan bergegas menyorok di belakang bilik stor. Dan di situ juga segala muntah yang ditahan sedari tadi terhambur keluar daripada mulutnya. Sampai lembik-lembik badan Intan gara-gara tak berhenti muntah. Kiranya dia dengan Ramli sekarang sama situasinya. Cuma, sekurang-kurangnya dengan perangai Intan yang buruk tu, memang sepatutnya dia diajar macam ni. Tapi Mat Bunga tu berbaloi ke dia jadi korban sama?
Kesian Ramli Bunga. Sebenarnya, sekarang ni, Daniel ada di bilik Ramli tengah papah dia nak bawak pergi klinik. Tapi tengok pada muka dia yang pucat semacam tu, macam nak kena duduk hospital aje sebulan! Sah, darah tinggi melambung ni!
Intan yang dah macam orang nak mati tu sempat lagi memaki hamun suaminya.
“Jembalang tanah punya laki! Kalau dia depan aku sekarang memang aku bunuh! Aku cincang lumat! Aku gesek-gesek badan dia kat lantai tandas tu! Lepas tu aku masuk dalam plastik sampah yang dah berbau busuk tu! Aku campak dia kat longkang belakang stor ni, yang bau macam air limbah tu!” marah betul Intan.
Tengok muka dia macam `No forgivenlah’. Tapi dalam marahnya yang tengah membuak-buak itu. Intan rasa mual semula, bau busuk kembali menusuk rongga hidungnya.
Eiiii, busuknya! Terus dia menoleh di sebelahnya. Waktu itu, boleh pula tangan kirinya mendarat cantik atas satu benda yang ala-ala berbulu dan lembik itu. Laa..Bangkai tikus rupanya! Dan saat itu jeritan Intan mengalahkan singa betina ngaumannya.

“Daniel!!!”

“Kau sakit ke?” soalnya.
 Intan hanya mengangguk.
 “Kau sakit apa? Penyakit kau tu berjangkit ke, sampai kau kena duduk sebatu macam ni?” Jelas nada tidak puas hati pada suara Daniel. Intan menggeleng, masih tiada suara yang keluar daripada mulutnya. Cuma, tangannya makin laju menyapu minyak cap kapak di kepalanya, sampai pijar-pijar matanya. Makin mual dia rasa bila saja dia nak cuba membuka mulut. Pergh! Makin kronik anak dia tak suka dengan bapak dia ni. Intan ingatkan sikit-sikit aje tadi, ini dah sampai tak tertahan rasanya. Mahu keluar muntah hijau Nampak gayanya!
 “Aku cakap dari tadi kau dah tak tahu nak jawab ke? Nak tunjuk kurang ajar sangat dengan aku ni kenapa? Kau dah lupa perjanjian kita, kau nak aku jual tanah bapak kau sekarang ni jugak ke!” marah Daniel, tinggi suaranya. Intan yang menekup mulut sedari tadi, cepat-cepat bersuara, “Okey sebenarnya...” 

*tett* haha nak tahu sambungannya? meh beli :)



Label: ,



Older Post | Newer Post
♥Mynufnang

♥ Si GaDis ♥

Instagram   
NaNa Ameer
18 years old
SINGLE
email: nurjannahameer@yahoo.com
Just a simple girl . annoying .. dan teramat suka tonton cerita korea. hehee ..
saya GADIS SupERmaN !


Say HI♥!

Welcome to my
free html visitor counters
little stalkers.
. . . . . . . .
 org sedang bergolek-golek

TOLONG TINGALKAN JEJAK ANDA YG ADA BLOG SAJA bkn tinggalkan link JUALAN anda !!



My BabY bOO ♥


LovelyPearlShawl♥


INSTAGRAM : @LOVELYPEARLSHAWL (atau klick gambar untuk ke Instagram)
FACEBOOK : LOVELYPEARLSHAWL
-affordable price
-customade and readymade tudung bawal,shawl,veil


Holla :]♥ !