//ILOVEU\\
Shortform atau singkatan perkataan english

Isnin, 18 Ogos 2014|| 0 KOMEN.Tekan sini untk komen

Hai dan Assalamualaikum ,


harinie nana nak kongsi satu bende , 
Nana tahu ada segelintir yang dah tahu dan ada segelintir tak tahu apa tu bila nampak orang gunakan. 

ni antara shortform atau singkatan zaman sekarang yang selalu anda ternampak tetapi kekadang tak tahu maksud nye .

contoh .
boy : I love you
girl : 459 too

ada jugak kekadang tengah chat ke atau tengah komen , ada orang tulis GTG , atau BRB ke . mesti ada kan . okkay jom kita tengok maksud dia 

<3 b=""> - Love ( heart shape)
1234 - 1 thing 2 say 3 words 4 you ( I LOVE YOU)
459 - I LOVE YOU ( dlm digit hp)
AFAIK - As Far As I Know
ASAP - As Soon As Possible
BAE - Before Anyone Ass atau boo atau honey or anything u want to call your love one
BF- Boyfriend
BFF - Best Friend Forever
BTW - By The Way
BRB - Be Right Back
F2F - Face To Face
FTW- For The Win
FYI - For Your Information
GTG - Got to go
IMHO - In My Honest Opinion
IMS - I Miss You
ILY - I Love You
LMAO - Laughing My Ass Out
LOL - Laugh Out Loud atau Lot Of Love
NVM - Nevermind
OMG - Oh My God
OMY - On My Way
OT - Overtime
OTW - On The Way
OOTD - Outfit Of The Day
POTD - Picture Of The Day
TYVM - Thank You Very Much
W/ or W/O - With or Without

P/S : sekarang perkataan yang paling popular ialah BAE . mcm dr perkataan korea kan . aku pun tak tahu mana asalnya datang perkataan tu . hehe ni antara yang Nana tahu saje nak kongsi kongsi :D


XOXO ,



Label: , ,


Apa yang perlu ada pada BLOG

Rabu, 18 Disember 2013|| 2 KOMEN.Tekan sini untk komen

*ini Schedule post *

Hai ! Assalamualaikum semuaaaa~
Esok result PMR kan ? Good Luck ye adik2 semua.. Walau keputusan macam mana pun , terima lah dengan redha sebab semua yang berlaku ada hikmahnya.. 
To adik angkat Nana , Eyra Rosli .. semoga dapat straight' A okay !! 

Harinie Nana nak kongsi satu bende sama ada untuk new blogger atau blogger yang sudah lama berblog..Rasanya ni pendapat saya je ;)

1)  SHOUTBOX
Ada orang berpendapat bahawa kotak ni menyemak , entah . tp bg Nana , ia menyenangkan kita berkomunikasi , meninggalkan jejak atau mybe ada pesanan penting yang kita perlu tahu ke atau apa-apa sahaja. 
*ramai yang menggunakan CBOX , hee nana pun !!*

2) Kotak Follower
Kotak ini sangat diperlukan sebab kotak ini menyenangkan kita untuk kita follow seseorang . kalau tak ada kotak ni , kita tak boleh follow
atau 
kalau kita tak nak letak kotak besar2 ni , kita boleh aje letak yang ini
hah yang ini kecik je kan , selalunye , tempat bende ni di belah atas sekali ,
so tekan je follow , kita akan follow org tu dan tekan dashboard bila kita nak ke Home .

3) Pengenalan diri blogger

okay kenapa perlu letakk ini pulak?
Ada segelintir blogger yg suka letakk tentang diri sendiri , dan ada segelintir yang suke menyembunyikan identiti diri masing2.
okay , kepada yang suka kongsi tentang diri sendiri tanpa privacy , rasa nya perlu lah kita letak ringkasan biodata kita sedikit supaya pembaca dapat mengetahui tentang diri kita .
Tetapi , janganlah meletakkan maklumat terlalu detail .Means mcm no telefon , alamat . rasanya itu tidak perlu, sebab ia amat membahayakan diri kita sendiri.

...................................................................................
toottt toottt tooott
....................................................... .
hehee. yaaa itu antara 3 yang perlu ada kat blog... Pendapat Nana la , hee .. 
Setiap orang lain pendapat kann,kannn. yeahhh . okayy itu sahaja .. cau cin cau !! babai :*
Salam .

XOXO ,




Label: , , ,


APRIL FOOL !! mengapa ia haram untuk disambut?

Isnin, 1 April 2013|| 0 KOMEN.Tekan sini untk komen

1 April .. so? APRILL FOOL??! ehh? HARAM LAH HARAM ..

MENGAPA APRIL FOOL ni haram untuk umat Islam menyambutnya?


Jawapan Pertama :
April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.
Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI!

Jawapan Kedua :


*Tekan video ni untuk dengar :)

Emm ?? hee .. Nana penah buat masa sekolah rendah je,, Bila sekolah menengah ,, dah pandai godek2 enternet semua , baru tahu April Fool haram untuk kita sambut :)




XOXO ,

Label: , , ,


Tunjuk menggunakan ibu jari ajaran Yahudi??

Khamis, 28 Mac 2013|| 3 KOMEN.Tekan sini untk komen

Hi dan Assalamualaikum dannnnn selamat pagi!!
AHh kenyangnya mak masak mee basah ..Alhamduillilah .. hee ..

Dekat facebook kecoh dengan ni ,, jadi yang saya tahu, saya share kan .. heehe ;)

Assalamualaikum wbt. 

Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.
“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”
Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.
“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.
“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”
Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.
“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”
“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”
Ustaz mengangguk dan beredar.

Uztaz Azhar Idrus pun ada menerangkan : 

Tekan video ni untuk menonton..

Petikan dari UAI:*guna telunjuk jari lebih afdal, kalau orang kata guna ibu jari menunjuk lg afdal , itu orang bodoh "



Nota : tapi kenapa dari kecik cikgu Nana ajar tunjuk pakai ibu jari ehh :/




With love ,

Label: , , ,


Hadiah untuk Perempuan dan Lelaki (:

Jumaat, 30 November 2012|| 0 KOMEN.Tekan sini untk komen

Wahhh tentang hadiah ni ! Nana suka hadiah !! dah lama nana tak dapat hadiah ,, hehee .. 
Nana saje nak share kat korang semua tetang hadiah2 ni .. Mana tau sekarang ni korang rancang nak bagi hadiah tapi tak tahu nak bagi apa kan? Let's we see ^_^


W A N I T A 
1)Bunga
2) Teddybear
3)Coklat
3) Jam tangan
4) perfume
5)pakaian --> baju , tudung dan sebagainya
6)kasut, beg tangan
7)aksesori wanita 
8)makeup set
9)novel

*alahai comelnyer minho!!! :* 

L E L A K I 
1)Jam Tangan
2) Perfume
3)Kemeja 
4) Neck Tie 
5)Tali pinggang
6)Gadget (brg mcm hp ke)

#Hah amacam? hehee runsing lagi tak nak cari barang untuk si ehem ? ;p

With love ,



Label: , ,


FAKTA MENARIK tentang LIPAS !

Rabu, 28 November 2012|| 4 KOMEN.Tekan sini untk komen

Hai , Assalamualaikum dan selamat pagi .
AMARAN :POST KALI INI MENGELIKAN
*nana yg carik gambar2 ni pun macam nk muntah*

huh tajuk tu , yuk ,, NANA tak suka lipas dari kecik .. Ia amat mengelikan . bukan tak suka je malah Nana sangat takut LIPAS ! Baru-baru ni dalam pukul 4pagi , nana punye seronok online , andthen dengar bunyi kring krikk ,, pandang kiri .. YA ALLAH ( T.T ) LIPAS ! Straight mengigil badan ! sangat gigil . Tak tahu kenapa takut sangat dengan lipas ! First time berjaya mati kan dia dengan cawan haha .. selalu mak ayah yg mati kan, ni sebab skrang kat umah kakak .. huhu .. so setiap malam nana akan pandang kiri kanan .. :')

So sekarang mcm menarik nak share kat awak semua tentang LIPAS!! OMG OMG ..

1)Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila...
~~>GILA? haha Sesuai la tu =='

2)Seekor lipas ini boleh menahan nafas selama 40 minit.. 
~~> LIPAS! Gile terror, patutlah Nana bunuh2 dia , kadang memerlukan masa yang lama baru dia mati , kalau tak asyik nampak tangan dia gerak2 je T.T

3)Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
~~>erkk yuuuccckk ! *muntah hijau*

4)Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
5) Lipas mempunyai darah berwarna putih

6)Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
~~> huh lipas yang merayap-rayap pun hampir nak pengsan ,, apetah lagi lipas yang terbang mesti dah pengsan !

7)Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram(seperti dlm gambar) 
~~> Geli gila! mase nak carik gambar , rasa mcm dia rayap2 kat bdn ,,, yak!!

8)Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia

9)Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina

10)Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya

11)Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.

12)Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani

13)Lipas ada gigi di dalam perutnya

14)Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu

15)Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat

16)Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula

17)Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung

18)Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho

19)Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam

20)Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha

Yakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!


With love ,



Label: ,


Rahsia perempuan :P

Rabu, 3 Oktober 2012|| 0 KOMEN.Tekan sini untk komen



Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni! 

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. 
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Kalau perempuan kata: Ini motor abang ker?
Makna tersembunyi: Motor Kapcai buruk ada hati nak bawak aku .. kalau superbike ke ok lah.

#hahahaaaa .. no comment okay about this .. NANA kopi dan pasta saje :P

With love ,




Label: , ,



Older Post
♥Mynufnang

♥ Si GaDis ♥

Instagram   
NaNa Ameer
18 years old
SINGLE
email: nurjannahameer@yahoo.com
Just a simple girl . annoying .. dan teramat suka tonton cerita korea. hehee ..
saya GADIS SupERmaN !


Say HI♥!

Welcome to my
free html visitor counters
little stalkers.
. . . . . . . .
 org sedang bergolek-golek

TOLONG TINGALKAN JEJAK ANDA YG ADA BLOG SAJA bkn tinggalkan link JUALAN anda !!



My BabY bOO ♥


LovelyPearlShawl♥


INSTAGRAM : @LOVELYPEARLSHAWL (atau klick gambar untuk ke Instagram)
FACEBOOK : LOVELYPEARLSHAWL
-affordable price
-customade and readymade tudung bawal,shawl,veil


Holla :]♥ !